Tuesday 24 June 2014

Industri Pelancongan Di Sabah

Industri Pelancongan Di Sabah Berkembang Positif

by Suraidah Roslanhadieydah18@yahoo.com. Posted on July 5, 2013, Friday   The Borneo Post

KOTA KINABALU: Di sebalik insiden pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, industri pelancongan di negeri ini masih menunjukkan perkembangan positif dari segi jumlah ketibaan pelancong. Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri, Datuk Raymond Tan berkata melihat kepada peningkatan jumlah pelancong yang semakin baik, beliau percaya industri pelancongan di negeri ini akan meningkat.

Sabah Catat Kehadiran Pelancong Paling Tinggi

Sabah Catat Kehadiran Pelancong Tertinggi

by NURULAIDA FAZLIN LAMIT. Posted on February 11, 2014, Tuesday The Borneo Post
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan jumlah kehadiran pelancong yang tertinggi dalam sejarah pada tahun lalu dengan 3.38 juta orang.Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 17.6 peratus daripada jumlah kehadiran pelancong pada tahun 2012.

Thursday 19 June 2014

Pelaburan merupakan aspek sumber manusia masa kini.

Pelaburan aspek sumber manusia
Posted on June 19, 2014, Thursday

PELARAS usaha melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, aspek pendidikan berperanan utama dalam memperkembangkan potensi individu.
Jika diberi peluang yang sepatutnya, individu mampu memperkembangkan potensi diri ke tahap yang lebih cemerlang.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Said berkata, pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku ke atas individu lahir daripada proses pendidikan melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Katanya, aspek pendidikan dan latihan adalah asas kejayaan ke arah pembangunan modal insan yang cemerlang.

Tuesday 10 June 2014

T U H A U makanan tradisi suku kaum Dusun/Kadazan

T U H A U....memang sedap punya...


TUHAU merupakan salah satu daripada beberapa menu makanan tradisi tempatan suku kaum Dusun/Kadazan yang paling sedap di Sabah. Ia sangat mudah didapati dimana-mana sahaja di Sabah.Kini,tuhau bukan sahaja dikenali di Sabah malah sudah terkenal di seluruh dunia.Cara untuk membuat jeruk ini mudah sahaja.

Monday 9 June 2014

2014 FIFA World Cup Brazil..All in One Rhythm..

FIFA 2014 World Cup Brasil

Kehangatan Piala Dunia FIFA 2014 kian terasa apabila perlawanan pembukaan akan berlangsung pada 13 Jun 2014. Perlawanan ini akan mempertemukan dua gergasi bola sepak dunia iaitu BRAZIL sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA 2014 yang akan ditentang oleh CROATIA.

Dengan berbekalkan beberapa pemain bertaraf bintang,sudah pastinya pasukan BRAZIL tidak mahu melepaskan 3 mata penuh dalam perlawanan pertama ini. Pasukan yang menerapkan permainan gaya samba ini merupakan pasukan pilihan untuk mengangkat Piala Dunia FIFA World Cup 2014.

Kepelbagaian menu makanan tempatan merupakan salah satu tarikan utama pelancong untuk melawat Sabah..

Pelbagaikan menu tempatan tarik pelancong ke Sabah..

KOTA KINABALU: Pengusaha restoran, terutamanya golongan belia perlu berani menghasilkan pelbagai menu tempatan sebagai satu cara yang mampu menarik pelancong berkunjung ke Sabah.


Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Kamarlin Ombi, berkata usaha itu membolehkan pelancong berpeluang menikmati keunikan hidangan tempatan Sabah selain mempromosikan makanan tradisi suku kaum di negeri ini. 

Pesta Kaamatan Jalin Perpaduan Kaum Di Malaysia..

SABAH : Pesta Kaamatan jalin perpaduan kaum..


NABAWAN: Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Bobbey A. Suan, berkata Pesta Kaamatan yang diraikan setiap tahun merupakan salah satu pesta yang menjalinkan perpaduan kaum khususnya Kadazan Dusun dan Murut (KDM) dan kaum lain yang turut merayakannya.

Katanya, Pesta Kaamatan menjadi jambatan mengeratkan persaudaraan dan sikap saling menghormati budaya serta pemangkin kepada perpaduan pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini khususnya di Sabah.


“Justeru itu, rakyat perlu mendalami konsep keamatan kerana ia bukan sahaja yang menjurus kepada perayaan untuk mensyukuri hasil yang diperolehi sepanjang tahun dan menjadi warisan dari nenek moyang tetapi makna yang paling besar adalah memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan,” katanya semasa berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Nabawan di yang berlangsung di pentas terbuka Tamu Pekan Nabawan di sini pada Rabu.