Showing posts with label Bantuan RM500. Show all posts
Showing posts with label Bantuan RM500. Show all posts

Friday, 11 July 2014

Bantuan Khas RM500 kepada pekebun kecil di Sabah

Pekebun kecil getah di Sabah layak terima bantuan khas
Sumber : The Borneo Post/11 Julai 2014

KOTA KINABALU: Semua pekebun kecil dan penoreh getah warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di Sabah layak menerima Bantuan Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah (BKKH). Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, bantuan berkenaan disalurkan secara terus kepada pekebun kecil dan penoreh getah secara berperingkat bermula bulan Jun lepas hingga 31 Disember 2014.