Mafi rancang bina Taman
Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di semua daerah.
Sumber : The Borneo Post/11 Julai 2014
Sumber : The Borneo Post/11 Julai 2014
Yahya menyampaikan bantuan zakat sumbangan Pusat Zakat Sabah kepada salah seorang penerima.
PUTATAN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
(Mafi) bercadang membina Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di setiap
daerah dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan di negeri ini. Bagaimanapun, disebabkan kekangan peruntukan,
projek TKPM itu hanya dibina di enam kawasan sahaja pada peringkat permulaan
yang mana melibatkan dua TPKM di Sandakan (TKPM Sungai Koyah dan TKPM Sungai
Lokan); TKPM Tawau; TKPM Putatan; TKPM Masilou, Kundasang; dan TPKM Mandalipau,
Papar. “Rancangan memang kalau boleh ingin bina TKPM di
semua daerah sebab ini bukan untuk tanam sawit. Ini hanya untuk makanan seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai usaha
dilakukan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan pengeluaran makanan di Sabah.
