Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Wednesday, 3 September 2014

PEMANDU PELANCONG PERLU DAPATKAN PERMIT.

PEMANDU PELANCONG PERLU DAPATKAN PERMIT
Tarikh : 02 September 2014

"Peraturan baru berkuatkuasa mulai Januari 2015"


Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Datuk Dr Laurentius Ambu berkata, semua pemandu pelancong yang beroperasi di kawasan hidupan liar di negeri ini perlu mendapatkan permit operator pelancongan dan permit pemandu hidupan liar bermula Januari 2015.
Menurut beliau, sebagai permulaan dua permit berkenaan akan dikuatkuasakan di kawasan Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan.
Katanya, langkah itu diambil berikutan rungutan daripada pengusaha pelancongan yang mendakwa terdapat pemandu pelancong tidak berlesen dan tidak bertauliah beroperasi di kawasan itu.
“Bagaimanapun, permit yang dikeluarkan oleh Jabatan Hidupan Liar ini hanya untuk operator yang berdaftar dengan Persatuan Operator Pelancongan Koridor Kehidupan Kinabatangan (KiTA) dan Persatuan Pemandu Pelancong Sabah (STGA), selain telah mengikuti beberapa kursus oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah yang layak mendapatkan lesen,” katanya.

Wednesday, 23 July 2014

Kolej Yayasan Sabah (KYS) sokong usaha tingkatkan mutu pendidikan di negeri ini

Kolej Yayasan Sabah Sokong Usaha Tingkatkan Sistem Pendidikan Negeri
Sumber : Newsabahtimes

Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan sistem pendidikan di negeri ini.Usaha  ini disokong penuh oleh Kolej Yayasan Sabah (KYS) selaras dengan visinya untuk menjadi pusat kecemerlangan akademik dan kemahiran di rantau ini. 

Usaha meningkatkan sistem pendidikan di negeri ini merupakan satu usaha yang sangat dinantikan oleh rakyat di negeri ini terutama sekali kepada golongan belia. Penambahan program-program kejuruteraan dalam sistem pendidikan dapat memberikan peluang kepada golongan belia untuk menimba dan mendapatkan ilmu dalam bidang kejuruteraan.

Ini kerana bidang kejuruteraan merupakan salah satu bidang yang paling laku dalam persaingan pekerjaan pada masa kini.

Thursday, 17 July 2014

Kenaikan harga lesen kenderaan mendapat tentangan.

Kenaikan harga lesen kenderaan ini akan memberi kesan terutamanya kepada golongan muda
KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin tidak bersetuju jika kenaikkan harga dilakukan keatas lesen kenderaan.

Menurutnya, jika kenaikkan ini berlaku ia akan mendatangkan masalah kepada rakyat khususnya kepada golongan belia di negara ini.
“Mereka tidak akan mampu kerana harga yang  dikenakan sangat tinggi dan memberi kesusahan
 kepada belia untuk mendapatkan lesen kenderaan.

“Kesan kenaikkan ini juga menyebabkan belia tidak akan mengambil lesen kerana tidak mampu membayarnya,” katanya dalam satu siding media selepas majlis penyampaian baju raya kepada 150 anak-anak yatim.
Tambahnya, beliau akan menunggu keputusan dari institut memandu tentang kenaikan harga lesen kenderaan bagi kelas B2 dan D.
“Saya juga akan memaklumkan kepada Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai supaya jangan menaikkan harga lesen ini kerana akan memberi kesan terutamanya kepada golongan muda,” jelasnya.


Wednesday, 16 July 2014

Polis akan ambil tindakan terhadap wanita pandu Peugeot putih.

Polis akan ambil tindakan terhadap wanita pandu Peugeot putih - KPN

Sumber : Berita Harian/16 Julai 2014

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan terhadap wanita yang didakwa membuli seorang lelaki tua dengan menggunakan batang kunci stereng seperti yang tersebar dalam laman sosial, sejak semalam. 


"Kita akan siasat dia di bawah (kes) buli jalan raya. Saya pun baru tengok rakaman itu. Garang sungguh dia, ketuk sana ketuk sini," katanya. 


Perkata itu diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anggota polis di Bukit Aman, sebentar tadi. 





Friday, 11 July 2014

Taman Kekal Pengeluaran Makanan Di Semua Daerah Di Sabah Dalam Perancangan MAFI..

Mafi rancang bina Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di semua daerah.
Sumber : The Borneo Post/11 Julai 2014


Yahya menyampaikan bantuan zakat sumbangan Pusat Zakat Sabah kepada salah seorang penerima.


PUTATAN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) bercadang membina Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di setiap daerah dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan di negeri ini. Bagaimanapun, disebabkan kekangan peruntukan, projek TKPM itu hanya dibina di enam kawasan sahaja pada peringkat permulaan yang mana melibatkan dua TPKM di Sandakan (TKPM Sungai Koyah dan TKPM Sungai Lokan);  TKPM Tawau; TKPM Putatan; TKPM Masilou, Kundasang; dan TPKM Mandalipau, Papar. “Rancangan memang kalau boleh ingin bina TKPM di semua daerah sebab ini bukan untuk tanam sawit. Ini hanya untuk makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai usaha dilakukan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan pengeluaran makanan di Sabah.