Pemakanan Yang Berkhasiat Kanak-Kanak Juga Sihat..
Sumber : Google/makanan seimbang
Tahukah
Anda?
Kita semua perlukan makanan, tetapi tahukah
anda betapa pentingnya cara pemakanan yang betul. Pemakanan yang seimbang
adalah perlu untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak. Tabiat
makan yang sihat adalah penting tanpa mengira peringkat umur dan tahap
kecerdasan anda. Amat penting bagi ibu-ibu mengandung mengambil pemakanan yang
sihat, terutamanya makanan yang kaya dengan kalsium, protein dan zat besi. Ini
kerana pemakanan bayi di dalam rahim dipengaruhi oleh ibu semasa mengandung.


