Thursday 3 July 2014

KEBAKARAN DI PULAU GAYA,LEBIH KURANG 50 BUAH RUMAH MUSNAH

KEBAKARAN DI PULAU GAYA,LEBIH KURANG 50 BUAH RUMAH MUSNAH 
Sumber : www.mstar.com.my

Kelihatan kepulan asap dari Pulau Gaya

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya enam letupan kedengaran dalam insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Pondo Pulau Gaya, petang Khamis.


Kepulan asap hitam dapat dilihat dengan jelas dari penempatan kampung atas air yang terletak beberapa batu dari kawasan kejadian.
Namun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kebakaran itu.
Kebakaran itu dipercayai memusnahkan belasan rumah kayu dalam insiden yang berlaku kira-kira-kira pukul 1 petang Khamis.
Seorang pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata mereka menggunakan bot untuk sampai ke penempatan tersebut yang perjalanannya mengambil masa selama 20 minit dari Kota Kinabalu.



No comments:

Post a Comment