Sumber : Berita Harian/16 Julai 2014
Messi (kiri) ketika sesi latihan bersama skuad Argentina menjelang final, kelmarin.
Buenos Aires: Legenda bola sepak Argentina Diego Maradona berkata Lionel Messi tidak berhak dinobatkan sebagai pemain terbaik Piala Dunia, sebaliknya menegaskan ia sepatutnya diberikan kepada pemain Colombia James Rodriguez.
“Saya akan memberikan Lio (Messi) langit, tetapi apabila dia tidak berhak dan ia hanya untuk membuatkan memenangi sesuatu yang dia tidak sepatutnya menang, ia tidak adil,” kata Maradona selepas Argentina tewas 1-0 kepada Jerman dalam aksi final awal pagi semalam.
"Rodriguez sepatutnya pemain terbaik Piala Dunia," kata Maradona dalam program TV “De Zurda,” yang disiarkan oleh rangkaian Venezuela Telesur dan disiarkan semula di beberapa negara Amerika Latin.
Kemarau gol
Rodriguez yang berusia 23 tahun jelas mencuri tumpuan dalam kancah Piala Dunia Brazil dan muncul penjaring terbanyak dengan enam gol.
Messi yang menjadikan Maradona idolanya bagaimanapun menyerlah dalam saingan peringkat kumpulan apabila meledak empat gol tetapi gagal menyumbat gol dalam empat perlawanan terakhir termasuk di final.
Maradona berkata, Messi sendiri merasakan dirinya tidak berhak memenangi anugerah Bola Emas itu.
“Dia sendiri tampak tidak mahu mengambil trofi itu,” katanya. - AFP

messi memang x layak kalau saya la..
ReplyDelete