LEBIH 100,000 PEKEBUN KECIL TELAH MENERIMA
BANTUAN KHAS RM500
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri
Mohd Shafie Apdal
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) --
Kira-kira 42 peratus daripada 260,000 pekebun kecil di seluruh negara sudah
menerima Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah setakat Jumaat lepas, kata Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Beliau berkata agihan bantuan khas sebanyak RM500
seorang itu dilaksana bermula pertengahan Jun lalu dan dijangka selesai sebelum
Aidilfitri ini.
"Kita berharap bantuan ini akan dapat meringankan beban keluarga pekebun kecil di negara ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan pelancaran Laporan Awal Banci Pekebun Kecil Risda 2013 di sini.
Menurut Mohd Shafie kerajaan memperuntukkan RM130 juta untuk bantuan khas yang dibayar secara 'one-off' itu. Pekebun kecil yang layak menerima bantuan itu ialah rakyat Malaysia yang memiliki keluasan kebun di bawah 2.5 hektar serta berdaftar dengan Risda. Kerajaan bagaimanapun memanjangkan bantuan itu kepada 43,000 penoreh getah yang tidak memiliki kebun menerusi peruntukan tambahan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Mengenai Laporan Awal Banci Pekebun Kecil Risda 2013 itu, Mohd Shafie berkata laporan tersebut bertujuan memantapkan lagi pangkalan data Risda dan ia merangkumi maklumat terkini bilangan pekebun kecil getah serta kelapa sawit, pemilikan tanah dan taraf sosioekonomi mereka. Katanya bancian itu menunjukkan setakat ini terdapat 437,773 pekebun kecil getah dan kelapa sawit di seluruh negara membabitkan kawasan seluas 1.1 juta hektar. "Laporan bancian ini memberi gambaran jelas mengenai pembangunan industri getah dan kelapa sawit, selain dapat memudahkan kita menyusun atur bantuan dan latihan kepada kumpulan sasar," katanya.
Laporan bancian tersebut adalah yang pertama melibatkan pekebun kecil getah dan kelapa sawit di Sabah dan Sarawak berbanding sebelum ini hanya dilakukan di semenanjung sahaja, katanya.

No comments:
Post a Comment