FIFA 2014 World Cup Brasil
Kehangatan Piala Dunia FIFA 2014 kian terasa apabila perlawanan pembukaan akan berlangsung pada 13 Jun 2014. Perlawanan ini akan mempertemukan dua gergasi bola sepak dunia iaitu BRAZIL sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA 2014 yang akan ditentang oleh CROATIA.
Dengan berbekalkan beberapa pemain bertaraf bintang,sudah pastinya pasukan BRAZIL tidak mahu melepaskan 3 mata penuh dalam perlawanan pertama ini. Pasukan yang menerapkan permainan gaya samba ini merupakan pasukan pilihan untuk mengangkat Piala Dunia FIFA World Cup 2014.
Namun semuanya masih terlalu awal untuk BRAZIL untuk dimahkotakan sebagai JUARA. Ini kerana 32 negara yang bermain di Piala Dunia kali ini sudah pasti akan mempersembahkan permainan yang berkualiti untuk menggegarkan Rio De Jinerio.
Beberapa pemain bertaraf bintang yang bermain dalam kelab yang sama akan bertembung sesama sendiri untuk mewakili negara masing-masing. Antaranya Luis Suarez mengetuai pasukan URUGUAY akan bertembung dengan rakan sepasukannya di Liverpool iaitu Steven Gerrard yang akan mengetuai pasukan ENGLAND untuk merobek pertahanan URUGUAY.
Mengikut kepada sembang-sembang kakibola, Piala Dunia kali ini merupakan Piala Dunia yang paling menarik. Salah seorang kakibola sempat saya temuramah untuk bertanyakan pendapat tentang Piala Dunia 2014 Brasil ini mengatakan inilah Piala Dunia yang paling menarik yang pernah beliau ikuti perkembangannya,katanya.
Seorang lagi kakibola yang mahu dikenali sebagai Ben menyatakan pendirian yang sama tentang Piala Dunia 2014 Brasil.
Klik link di bawah untuk website FIFA 2014 World Cup Brasil..
http://www.fifa.com/worldcup/matches/
Brazil menang 3-1 lwn croatia..huhu
ReplyDeleteBrazil menang 3-1 lwn croatia..huhu
ReplyDelete