Pelbagaikan menu tempatan tarik pelancong ke Sabah..
KOTA KINABALU: Pengusaha restoran, terutamanya golongan belia perlu berani menghasilkan pelbagai menu tempatan sebagai satu cara yang mampu menarik pelancong berkunjung ke Sabah.
"Pengusaha restoran mempunyai peranan penting sebagai duta bagi membantu mempromosikan makanan yang digemari oleh rakyat di Sabah," katanya ketika berucap merasmikan restoran Sulap Rantau di 1Borneo, di sini.
Beliau berkata, kementerian sentiasa memberi bantuan dalam mempromosikan produk makanan terutama kepada pengusaha restoran yang menyediakan makanan tradisi mahupun tempatan.
Sementara itu, pemilik restoran Sulap Rantau, Farah Nadia Juany, 23, berharap restoran yang mula beroperasi sejak sebulan lalu dapat memenuhi selera kepada setiap pengunjung yang mengunjungi pusat membeli-belah itu.
"Menu utama di restoran ini adalah sup tulang dan mi tauhu serta kuih-muih tradisional," kata pelajar lepasan Diploma Hospitaliti dan Katering dari Politeknik Kota Kinabalu.
Nadia berkata, setiap hujung minggu restoran yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu akan menyediakan sup "payau" atau rusa dalam loghat Sabah. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment