Pelaburan aspek
sumber manusia
Posted on June 19, 2014, Thursday
PELARAS
usaha melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, aspek pendidikan
berperanan utama dalam memperkembangkan potensi individu.
Jika diberi peluang yang sepatutnya, individu mampu memperkembangkan
potensi diri ke tahap yang lebih cemerlang.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh
Said berkata, pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku ke atas individu lahir
daripada proses pendidikan melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Katanya, aspek pendidikan dan latihan adalah asas kejayaan ke arah
pembangunan modal insan yang cemerlang.
“Pelaburan dari aspek pendidikan dan latihan penting terhadap sumber
manusia kerana individu tidak akan dapat menggunakan potensi diri ke tahap
maksimum jika tidak digilap dengan sewajarnya.
“Sehubungan itu, melalui pendidikan, bukan sahaja potensi diri dapat
dibangunkan, malah pengetahuan dan kemahiran lain turut dapat diserapkan secara
tidak langsung,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Persidangan
Pengurusan dan Profesional Kinabalu III 2014 anjuran Persatuan Pegawai
Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) Universiti Malaysia Sabah (UMS) di
sini kelmarin.
Menurutnya, teras utama dalam Pembangunan Modal Insan (PMI) adalah
melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan
supaya berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa.Katanya, pernyataan
berkenaan menjelaskan salah satu asas untuk membangunkan dan memperteguhkan
modal insan adalah melalui pendidikan.
Salleh berkata, strategi pengurusan modal insan perlu proakrif dan
kreatif untuk mengekalkan dan menarik pekerja yang berbakat.“Jumlah penduduk
negara yang semakin bertambah hari ini wajar diberi perhatian kerana ia menjadi
tanggungjawab negara memastikan rakyat dapat menyumbang kepada pembangunan
negara.
“Pembangunan modal insan negara dewasa ini memperlihatkan status
kepincangannya dan ia perlu diperhalusi semula.“Justeru, apa sahaja strategi
dan program pembangunan yang dilaksanakan seharusnya mengambil kira terhadap
fokus manusia itu sendiri,” katanya.
Selain itu beliau berkata, dalam perkhidmatan awam, terdapat dua set
nilai murni untuk dibudayakan iaitu nilai teras dan nilai kembangan atau
sokongan.
Menurutnya, nilai teras mengandungi enam elemen murni iaitu amanah, bijaksana,
benar, telus, adil, dan bersyukur. Manakala nilai kembangan adalah nilai
tambahan yang bersesuaian dengan tugas teras atau aktiviti induk agensi.Salleh
berkata, setiap penjawat awam adalah ejen transformasi paling hadapan dan
perantaraan antara rakyat dan kerajaan.“Secara sedar atau tidak, setiap
tindakan dan keputusan penjawat awam hari ini diperhatikan, diperhalusi dan
dianalisa serta dikritik bukan sahaja secara dalaman malah di luar negara.“Dalam
era maklumat terbuka ini, tidak ada individu, jabatan, kementerian mahu pun
institusi yang terlepas dari pemerhatian.“Oleh itu, usaha berterusan diperlukan
untuk memastikan integriti yang tinggi bagi perkhidmatan dan pegawai sentiasa
dipelihara,” jelasnya.Katanya, kapasiti dan keupayaan pegawai awam hendaklah
selari dengan perkembangan semasa dan perubahan yang datang secara tidak
menentu.
Beliau berkata, pegawai perlu berpandangan lebih global dan holistik
terhadap sesuatu isu agar ia dapat ditangani dengan berkesan dan menyeluruh.
Persidangan berkenaan adalah sebagai medan untuk para pegawai
mendapatkan dan berkongsi ilmu berkaitan pengalaman dalam melaksanakan
pengurusan pentadbiran sepanjang berkhidmat dalam organisasi.Ia juga bertujuan
mendapatkan idea dan pemikiran tokoh-tokoh terkemuka daripada institusi
pengajian tinggi (IPT), sektor awam, swasta, serta agensi korporat di Malaysia
dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.
Pada masa sama, ia membolehkan para peserta mengaplikasikan ilmu
pengetahuan yang dikongsikan menerusi persidangan ini bagi peningkatan kerjaya
dan memajukan organisasi ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Read more:
http://www.theborneopost.com/2014/06/19/pelaburan-aspek-sumber-manusia/#ixzz353Xx1jw3
PELARAS usaha melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, aspek pendidikan berperanan utama dalam memperkembangkan potensi individu.
No comments:
Post a Comment