Sumber : The Borneo Post/11 Julai 2014
KOTA KINABALU: Semua pekebun kecil dan penoreh
getah warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Kecil
Perusahaan Getah (Risda) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di Sabah layak
menerima Bantuan Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah (BKKH). Timbalan
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, bantuan berkenaan
disalurkan secara terus kepada pekebun kecil dan penoreh getah secara
berperingkat bermula bulan Jun lepas hingga 31 Disember 2014.
Menurutnya,
pihak LIGS sedang membantu Risda mengedarkan borang dan mendaftarkan pekebun kecil
dan penoreh getah yang berjumlah seramai 27,606 di Sabah. Justeru
katanya, orang ramai diingatkan agar tidak keliru dengan kenyataan pihak
tertentu yang mendakwa hanya pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar
dengan Risda sahaja yang layak menerima BKKH. “Kerajaan
negeri melalui LIGS masih lagi meneruskan Pembayaran Insentif Pengeluran Getah
sebanyak 50 sen bagi setiap kilogram getah kering yang dikeluarkan oleh pekebun
kecil getah. “Skim
insentif ini adalah untuk menggalakkan para pekebun kecil getah melaksanakan
Amalan Pertanian Baik (Good Agricultural Practices) untuk meningkatkan hasil
getah. “Pada masa
sama, insentif ini juga bertujuan menyamakan harga getah di Sabah dengan
Semenanjung supaya dapat meringankan impak kepada pekebun kecil akibat daripada
penurunan harga getah,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.
Beliau
berkata, berikutan kejatuhan harga getah ke paras yang sangat rendah, kerajaan
persekutuan mengambil langkah jangka pendek dengan pemberian BKKH kepada
pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara termasuk di Sabah. Bantuan
khas sebanyak RM500 itu jelasnya, diberikan kepada setiap pekebun kecil getah
dan penoreh getah secara ‘one off’ iaitu bayaran sekali sahaja.
No comments:
Post a Comment