Friday 11 July 2014

Panduan Bisnes CUPCAKE dari Rumah..



Daripada Panduan Bestseller Rahsia Coklat Buatan Tangan.
"Ketahui Bagaimana Seorang Surirumah Memulakan Perniagaan Cupcake Dan Memperoleh Jualan Sehingga 3-4 Angka Sebulan 
Secara Part Time!"

Ramai wanita yang bekerja memasang impian untuk menjadi seorang surirumah dan melihat anak anak membesar di depan mata. Namun, apakan daya keadaan ekonomi keluarga tidak membenarkannya. Ia adalah impian saya ketika masih bekerja beberapa tahun lepas.

Kini Anda Boleh Tukarkan Kreativiti Anda Kepada Duit dan Enjoy Dengan Apa Yang Anda Buat!



Dari    : Puan Shida
Tarikh : Jumaat, 11 Julai, 2014.
RE       : Perniagaan Cupcake Dari Rumah

Nama saya Nur Syahidah, dan saya merupakan antara surirumah yang mempunyai perniagaan dari rumah. Panduan Bisnes Cupcake ini merupakan CD panduan yang kedua yang kami hasilkan sebagai panduan buat surirumah yang ingin menambah pendapatan secara part time di rumah.
Produk pertama yang kami hasilkan ialah Rahsia Coklat Buatan Tangan telah terjual lebih dari 800 unit di tiga buah negara iaitu di Malaysia,Brunei dan Singapura. Dan mereka kini telahpun memulakan perniagaan mereka sendiri.
Ia adalah satu kejayaan yang cukup manis buat kami kerana berjaya melahirkan dan membantu seramai mungkin mereka yang ingin menambah pendapatan menerusi bidang bakeri dari rumah.

Anda boleh lakukannya walaupun tanpa pengalaman...




Tak percaya? Ada pelanggan kami baru pertama kali membuat cupcake. Malah ia turut diceburi oleh lelaki. Kini, lelaki pun meminati bidang masakan. Jadi anda tidak memberi sebarang alasan lagi...
Malah Ia Memberi Keceriaan Kepada Yang Tersayang
Bagi mereka yang sudah mempunyai asas membuat kek. Ia adalah satu penambahan kemahiran dan memberikaan keceriaan kepada yang tersayang. Krim yang kami tunjukkan dijadikan sebagai jem untuk memakan roti.
Pasti ia cukup sedap sehingga dijadikan sebagai jem. :)










Antara Cupcake Tempahan Pelanggan Kami

Ia adalah hasil daripada jualan produk yang dihasilkan di rumah dan antaranya ialah cupcake atau kek cawan yang mendapat sambutan daripada penduduk sekitar. Saya tidak pernah membuat sebarang pinjaman walaupun pernah ditawarkan oleh pihak bank. Ya. Bank sendiri yang menawarkan pinjaman kepada kami.

Saya yakin perniagaan masih boleh berkembang walaupun tanpa pinjaman atau bantuan daripada sesiapa. Yang penting ialah kami perlu berusaha dengan lebih gigih untuk memasarkan produk kami. Kami berjaya melakukannya.

No comments:

Post a Comment