Wednesday 16 July 2014

Polis akan ambil tindakan terhadap wanita pandu Peugeot putih.

Polis akan ambil tindakan terhadap wanita pandu Peugeot putih - KPN

Sumber : Berita Harian/16 Julai 2014

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan terhadap wanita yang didakwa membuli seorang lelaki tua dengan menggunakan batang kunci stereng seperti yang tersebar dalam laman sosial, sejak semalam. 


"Kita akan siasat dia di bawah (kes) buli jalan raya. Saya pun baru tengok rakaman itu. Garang sungguh dia, ketuk sana ketuk sini," katanya. 


Perkata itu diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anggota polis di Bukit Aman, sebentar tadi. 





Pada Isnin lalu, lelaki warga emas dipercayai melanggar kereta Peugeot 208 milik seorang wanita di Kuantan sehingga menyebabkan pemilik kereta berkenaan mengamuk sambil mengeluarkan pengunci stereng sebagai ancaman kepada lelaki warga emas itu, namun difahamkan lelaki berkenaan sudah memaafkan perbuatan wanita berkenaan. 

Difahamkan, lelaki warga emas dalam lingkungan awal 60-an itu memandu kereta Proton Wira dan secara tidak sengaja terlanggar kereta wanita dalam lingkungan akhir 20-an berkenaan di sebuah tempat letak kereta berhampiran sebuah pusat membeli-belah di Kuantan. 

Kejadian itu dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 minit yang dimuat naik di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga YouTube menjadi ‘viral’ dan ‘trending’.

2 comments:

  1. baguslah..supaya menjadi pengajaran kepada orang lain pula selepas ini

    ReplyDelete